Pages

sponsorship

Thursday, 13 February 2014

KATA PENGHANTAR



Tidak seorang pun di dunia ini yang ingin menghidap sebarang jenis penyakit. Namun tahukah anda bahawa makanan dan minuman yang kita makan setiap hari sangat berpotensi membawa racun dalam tubuh yang lama kelamaan mampu merosakkan tubuh kita.

Sebelum racun yang berada dalam tubuh kita merebak hingga merosakkan fungsi organ tubuh seperti limpa, jantung, paru-paru ataupun ginjal, adalah lebih baik jika kita sama-sama menjaga kesihatan agar ia tidak menganggu rutin hidup kita seharian.

Usah bimbang! Mulai sekarang jadikan buku “ Ganoterapi “ ini sebagai alat bantuan untuk anda menyakinkan diri bahawa tubuh kita adalah doktor yang terbaik untuk membasmi setiap tanda-tanda penyakit yang dirasakan oleh tubuh kita.

Melalui kaedah perawatan dan pemeliharaan kesihatan dengan Ganoderma Lucidum oleh Dr. Lim Siow Jin  dalam buku ini, racun hanya terbahagi kepada dua bahagian sahaja iaitu racun yang larut dalam air dan racun yang tidak larut dalam air.

Sebagai bukti, kami cadangkan buku ini kepada anda untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Sekiranya anda mengamalkan prinsip yang tercatat di dalam buku ini dalam kehidupan seharian anda, pastinya kesihatan anda akan terpelihara.

Sebarang kekurangan yang terdapat di dalam buku ini akan diperbaiki dari masa ke semasa. Selamat Membaca! ! Pentingkan kesihatan anda dan kejayaan akan menemani anda!!



Penerbit




PENEGASAN

Semua maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah untuk makluman sahaja. Ia tidak boleh menggantikan sebarang nasihat pakar. Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan sila dapatkan nasihat doktor.




No comments:

Post a Comment