Pages

sponsorship

Showing posts with label INFORMASI KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI KESIHATAN. Show all posts

Monday, 18 January 2016

6 Cara Untuk Mengurangkan Kolesterol

Masyarakat masa kini amat mementingkan kesihatan fizikal mereka kerana mereka bimbang akan turut menjadi mangsa masalah obesiti dan juga jangkitan penyakit berbahaya yang telah menjadi satu epidemik serata dunia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenali kolesterol dengan lebih dekat, kerana kebanyakkan kita beranggapan bahawa kolesterol itu adalah tidak baik, akan tetapi, kolesterol sebenarnya boleh dibahagikan kepada kolesterol baik dan juga kolesterol tidak baik.


Kolesterol Baik dan Kolesterol Jahat

Kolesterol boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kolesterol  lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL juga dikenali kolesterol jahat kerana ia boleh termendap sepanjang arteri dan saluran darah dan menyebabkannya tersumbat dan ini akan menyumbangkan kepada plak.  Sebaliknya, koesterol HDL akan menyingkirkan kolesterol LDL  dari sistem peredaran darah manusia melalui organ hati. 

Sekiranya anda menghadapi masalah kolesterol, anda dinasihati untuk tidak mengambil kuning telur dan juga organ haiwan seperti ginjal, hati sebagai makanan anda. Makanan inilah yang menyumbang kepada koesterol LDL.



6 Cara Semulajadi Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol

1. Anda dinasihati bersenam 3 atau 4 kali seminggu selama 30 minit agar dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetis dan sakit jantung. Jalan kaki yang pantas mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam tubuh badan anda.

2. Anda boleh mengambil makanan berkolesterol tinggi kecuali makanan yang tinggi dengan lemak jenuh sama ada yang sumbernya berasal dari haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan.

3. Anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan  pelbagai serat termasuk serat terlarut dan serat tak terlarut. Serat terlarut menyingkirkan kolesterol dari tubuh badan manusia dengan menyerapnya.

4. Beras yis merah mampu mengawal pembentukan kolesterol. Justeru itu, ia mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dengan cukup berkesan.

5. Amalkan urut-urutan agar dapat mengurangkan tekanan, kerana tekanan itu akan meningkatkan tahap kolesterol seseorang.

6. Elakkan tabiat merokok dan mengambil alkohol.









Monday, 7 December 2015

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR SEBELUM PERJALANAN?

Lazimnya cuti sekolah yang jatuh pada hujung tahun pasti merupakan  saat yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga anda untuk pergi melancong ke luar negara. Akan tetapi, semasa anda sedang sibuk membuat persiapan untuk pergi melancong, adakah anda juga mengambil kira ersiapan untuk mencegah penyakit berjangkit ?



KEBAIKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
  1. Memberi khidmat nasihat secara lisan atau bertulis mengenai isu kesihatan terkini.
  2. Informasi mengenai penyakit berjangkit yang sedang menular di negara percutian anda.
  3. Menyediakan khidmat suntikan vaksin, tablet malaria dan juga cara pengubatan lain.

Ketika anda membuat persiapan untuk pergi melancong, jangan lupa bawa sekali sedikit ubat-ubatan untuk kegunaan semasa berlakunya sebarang kecemasan minor. Ini termasuklah :
  1. Cirit-birit : Bawa bersama garam oral rehidrasi yang sedia dibancuh.
  2. Gigitan serangga seperti nyamuk : Bawa bersama ubat / krim gatal seperti krim Tea Tree atau ubat salap Zhimeko.
  3. Pening dan Mual : Bawa bersama ubat pening atau pakaikan gelang getah.
  4. Kulit Terbakar : Gunakan produk penjagaan krim siang yang mengandungi pati Aloe Vera agar melindungi kulit anda dan mengekalkan kelembapan kulit anda.
  5. Influenza : Gunakanlah penutup mulut dan hidung (mask) agar mencegah daripada jangkitan. Anda juga boleh mendapatkan suntikan vaksin dan jagalah kebersihan diri anda selalu untuk jauhi daripada jangkitan.
  6. Kekeringan kulit dan bibir : Gunakanlah produk penjagaan yang kaya dengan pati Aloe Vera yang mampu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit anda. Pakailah gincu bibir yang diperkayakan dengan Aloe Vera, Shea Butter dan Vitamin E agar bibir anda tidak merekah.
  7. Selsema Biasa : Ambillah produk Ganoderma atau Lingzhi (RG & GL) untuk menguatkan sistem ketahanan anda.
  8. Luka atau cedera ringan : Bawa sekali plaster ketika perjalanan.
  9. Alergi kulit, nasal dan mata merah : Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi.

BAK KATA PEPATAH MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. JUSTERU ITU, BUATLAH SEGALA PERSIAPAN DAN AMBILLAH LANGKAH PENCEGAHAN SEBELUM PERJALANAN. ANDA SEKELUARGA PASTI MEMPUNYAI SATU PENGALAMAN PERJALANAN YANG CUKUP CERIA.


Sunday, 8 November 2015

Nutrisi untuk Ibu Mengandung

Pengambilan Nutrisi Oleh Bakal Ibu Ketika Mengandung


gambar hiasan dari kidshealth 

Seringkali terdengar bahawa ibu mengandung harus makan untuk dua hidangan orang, tapi semua ini adalah tidak benar sama sekali!

Secara logik, ibu mengandung harus membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk dua individu. Ini kerana bayi yang membesar akan mengambil zat-zat makanan daripada badan ibu melalui tapi pusat. Justeru itu, diet yang seimbang lagi berkualiti amat penting untuk ibu mengandung.

Diet yang seimbang merangkumi makanan dari pelbagai kumpulan seperti : produk tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, telur, lemak dan karbohidrat. Akan tetapi, pengambilan tenaga oleh ibu mengandung seharusnya kekal pada tahap kira-kira 2500 kalori/hari (lebihan pengambilan kalori sebanyak 300-500 kalori sehari daripada wanita yang tidak mengandung).

Dengan bermula daripada asas nutrisi bagi ibu mengandung dalam memahami makanan mana yang harus diambil dan makanan mana yang harus dihindar ketika mengandung mampu membantu anda membuat pilihan yang terbaik bagi bayi dan juga diri anda. Selain daripada nutrisi lazim seperti protein, lemak dan karbohidrat, zat-zat nutrisi minor seperti vitamin dan zat mineral yang tertera di bawah turut perlu diambil agar kandungan sentiasa sihat.



NUTRISI
FUNGSI
SUMBER MAKANAN

Kalsium
Membantu  membentuk tulang dan gigi yang kuat, system saraf yang sihat serta membantu memelihara kesihatan jantung dan otot.
Spirulina, susu, yogurt, salai kering, dan produk soya.

Asid Folik
Membantu dalam perkembangan sistem saraf dan cecair spina, sintesis DNA serta membantu otak berfungsi secara normal.
Barli, buah-buahan, kubis kecil, roti yang diperkaya, dan brokoli, oren.

Besi
Membentuk sel darah merah, membentuk tulang dan gigi.
Spirulina, daging lembu, bayam, bran flaks, kekacang, dan daging merah tanpa lemak.

Iodin
Mengawal atur metabolism dan membantu membentuk system saraf.
Spirulina, garam yang diiodin, ikan, rumpai laut, dan produk tenusu.

Kuprum
Membantu membentuk jantung, rangka tulang, system saraf, arteri dan saluran darah.
Sprulina, kacang lentil hijau/perang, kacang merah dan mempelam.

Magnesium
Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat, mengawal atur tahap gula darah, membentuk serta membaiki tisu.
Spirulina, kacang Brazil, bayam dan beras perang yang siap dimasak.

Kalium
 Membantu dalam mekanisma pergerakan dan pengecutan otot, membantu dalam metabolism tenaga dan fungsi saraf.
Spirulina, kentang jaket, kurma, kismis dan apricot kering.


Fosforus
Membentuk tulang dan gigi yang kuat; membantu dalam pembekuan darah dan memelihara denyutan jantung yang normal.
Spirulina dan salmon dalam tin (termasuk tulang), kacang berbelang yang siap dimasak dan susu.

Zink
Membantu membentuk organ, skeleton, saraf dan system peredaran darah.
Spirulina, daging lembu/kambing, kuaci dan tuna dalam tin.

Vitamin A
Penting untuk perkembangan mata, kulit yang sihat dan juga membrane mukus, menentang jangkitan.
Spirulina, lobak dan ubi keledek.

Vitamin B
Komplek
Menggalakkan tumbesaran tulang, otot dan kulit yang sihat. Keperluan untuk pembentukan saraf dan system imunisasi.
Spirulina, roti yang diperkaya, bijiran penuh, daging tanpa lemak, kekacang, cendawan, sayuran hijau dan produk soya.

Vitamin C
Keperluan dalam membaikpulih tisu dan pembentukan kolagen.
Buah-buhan, tomato dan brokoli.

Vitamin D
Membantu membina tulang dan gigi.
Susu dan sinaran matahari.




Di samping diet seimbang yang dicadangkan di atas, makanan kesihatan tambahan turut terdapat dalam pasaran untuk menawarkan nutrisi keperluan yang diperlukan badan manusia agar memperkuatkan sistem ketahanan badan. Contohnya Spirulina dan produk Soya yang berprotein tinggi serta kaya dengan asid lemak yang mengandungi hampir kesemua nutrisi yang diperlukan selain daripada apa yang tertera dalam jadual di atas. Sebagai bakal ibu, anda perlu memilih dan mengamalkan diet yang baik untuk anda dan bayi anda berdua. Jadilah seorang ibu yang sihat dan bahagia hari ini !







Monday, 7 September 2015

Cara Terbaik Menentang Keradangan

Makanlah asid lemak omega-3

Ianya baik untuk kesihatan hati dan sistem saraf anda. Kajian telah membuktikan bahawa omega-3 iaitu sejenis "lemak baik" yang hanya terdapat dalam ikan tertentu seperti salmon yang mampu melambatkan masalah keradangan yang  disebabkan oleh sel-sel darah putih. Adalah disyorkan supaya anda mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu.



Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Tumbuh-tumbuhan adalah sumber terbaik untuk melawan keradangan. Ianya diperkaya dengan unsur-unsur anti-radang seperti Magnesium dan antioksidan serta karotenoid dan lycopene. Kajian menunjukkan bahawa diet ala-Mediterranean yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan minyak zaitun mampu mencegah keradangan.



Gerakan badan anda

Kajian awal menunjukkan bahawa senaman boleh memberi kesan positif yang kuat dalam mengurangkan masalah keradangan dan seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit barah. Kelihatan kurus  tidak bermakna anda bebas dari masalah keradangan yang tersembunyi. Akan tetapi, sekiranya  anda boleh mengurangkan berat badan anda, di sini ada satu motivasi tambahan : di mana senaman mampu mengecutkan sel-sel lemak dan secara automatik ianya boleh melawan masalah keradangan yang berpunca daripada sistem imunisasi badan anda.


Kekalkan mood ceria 

Kurangkan apa jua jenis bentuk tekanan serta tidur yang secukupnya menjadi faktor utama dalam mencegah keradangan kronik. Daripada sentiasa memikirkan senario yang buruk, apa kata anda tenangkan fikiran dengan menarik nafas agar sistem imunisasi kembali berfungsi normal dan jangan biarkan fikiran negatif selalu menghantui anda.



Para penyelidik masih lagi mencari jawapan bagi perhubungan  di antara keradangan dan penyakit setiap hari. Setakat hari ini, kita hanya boleh memilih cara pencegahan yang terbaik seperti yang tertera di atas sehinggalah jawapan yang lebih jelas diperolehi.


Tuesday, 1 September 2015

Punca Utama Keradangan



Berat badan yang berlebihan

Apabila sel-sel lemak badan anda menjadi keliru dengan tekanan berat badan anda yang berlebihan, ianya akan menghantar isyarat SOS kepada sistem imunisasi anda. Maka sesetengah sel-sel darah putih akan bertindak dan bergegas untuk memberi pertolongan menentang serangan. Lama-kelamaan situasi keradangan ini akan membuatkan sel-sel sihat kalis terhadap insulin dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit kencing manis.



Mengalami kemurungan yang serius

Rasa gelisah yang tidak dijangka, keadaan telah dikaitkan dengan tahap masalah keradangan. Ini adalah kerana bahagian otak anda yang terlibat dalam mengesan kesakitan akan diaktifkan oleh tekanan sosial dari luar. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mengalami masalah keradangan.



Menyedut udara kotor

Menurut satu kajian, wanita yang tinggal di kawasan udara yang tercemar lebih cenderung untuk mendapat penyakit kencing manis. Ini mungkin terjadi kerana pencemaran udara boleh menggalakkan keradangan dan menyebabkan situasi kalis insulin dalam sel. Selain dari itu, tabiat merokok mungkin lebih buruk daripada mereka yang tinggal berhampiran jalan raya, kerana terpaksa menyedut asap tembakau dan sekaligus akan menyerang paru-paru lantas membuatkan sistem imunisasi badan kita bertindak memulihkan sel-sel yang rosak akibat serangan. Namun begitu, proses permulhan yang berlebihan sebaliknya akan menjadi satu bebanan buat sel paru-paru dan akhirnya membawa kepada penyakit paru-paru.

Friday, 21 August 2015

KERADANGAN KRONIK : Musuh Yang Tersembunyi Di Dalam Diri Anda


Perkataan keradangan lazimnya akan membuatkan anda terfikir tentang masalah lutut bengkak akibat berlari ataupun masalah jerawat pada wajah anda. Lazimnya, masalah ini boleh diubati dengan menggunakan ais atau ubat yang dijual di kedai-kedai atau farmasi (ubat yang selamat dan berkesan untuk digunakan oleh orang ramai tanpa preskripsi doktor). Walau bagaimanapun, terdapat satu jenis keradangan yang agak berbeza sama sekali iaitu keradangan kronik - ianya bertindak secara perlahan, senyap dan berterusan. Anda tidak dapat merasainya dan anda tidak boleh membuat ujian ke atasnya. Namun, ia telah menjadi satu topik hangat di dalam dunia perubatan dan semakin banyak kajian telah menunjukkan bahawa keradangan kronik berkaitan dengan penyakit serius.


 Keradangan kronik berkemungkinan menjadi punca penyakit-penyakit di bawah : 

Barah 
Sakit Jantung 
Alzheimer 
Kemurungan 
Kencing Manis 
Alahan 
Angin Ahmar


Para saintis masih lagi mencari jawapan, bagaimana boleh terjadinya keradangan. Malangnya sehingga kini, kita hanya mampu mengenal pasti bahawa ianya berpunca dari sistem imunisasi badan manusia yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan tubuh badan manusia dari ancaman penyakit yang membahaya. Apabila anda tercedera atau sakit, sum-sum tulang mengeluarkan sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan dan memulakan proses penyembuhan. Namun begitu, kadang-kadang sistem imunisasi badan kita mendapat isyarat kecemasan yang salah lalu menghantar pasukan pertolongan cemas yang tidak diperlukan.

Sel-sel darah putih yang tidak mempunyai tujuan serangan jangkitan akhirnya akan terbiar dalam saluran darah manusia untuk satu jangka masa yang sangat lama.

Hakikatnya, badan kita tidak mampu menampung kewujudan aktiviti imunisasi yang tidak bertujuan ini dan akhirnya sel-sel darah putih ini akan menyerang organ-organ dalaman kita dan merosakkannya. Selain dari itu, sel darah putih ini juga turut merosakkan sel-sel lain yang rutin kerjarnya untuk menahan jangkitan penyakit dan seterusnya menyebabkan pintu jangkitan terbuka luas untuk penyakit seperti barah. Namun begitu, mujurlah anda masih mampu melakukan sesuatu untuk menghalang keradangan kronik ini. 


Informasi Kesihatan DXN Life Vol 57