Pages

sponsorship

Thursday 15 October 2015

Poria Cocos

Tahukah anda bahawa badan kita boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan kita ? 

Menurut Perubatan Tradisional Cina, tubuh badan setiap individu boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu neutral, kesukaran pernafasan, kekurangan Qi dan kelemahan Qi. Tubuh badan kita boleh berubah dari masa ke masa. Perubahan dalaman badan kita ini akan mempengaruhi perasaan, kelakuan dan bagaimana badan kita bertindak balas kepada punca-punca penyakit. 



 Kenal pasti jenis tubuh badan anda! 


 1. NEUTRAL : Anda seorang individu yang bertenaga dan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Ini bermakna and mempunyai asas kongenital serta fungsi badan yang baik dari segi fizikal dan mental. 

 2. KESUKARAN PERNAFASAN : Anda adalah seorang individu yang mengalami peluh berlebihan. Anda juga mempunyai masalah berat  badan berlebihan, perut buncit dan mempunyai anggota badan yang gempal. Ia adalah disebabkan oleh metabolisme rendah yang mungkin berkaitan dengan fungsi paru-paru, limpa atau sistem buah pinggang yang lemah.

3. KEKURANGAN QI :  Anda adalah seorang individu yang mengalami tekanan mental. Anda mungkin mempunyai masalah palpitasi dada dan juga insomia serta kemurungan. Keadaan ini dengan mudah boleh menggangu fungsi kawal selia organ hati dan memberi kesan kepada aktiviti dalaman badan anda.

4. KELEMAHAN QI : Anda jenis individu yang lemah dalam penghasilan tenaga. Keadaan ini akan membawa kepada masalah pertukaran gas yang lemah dalam paru-paru yang menyebabkan anda berpeluh secara spontan dan sentiasa berasa letih.


Secara ringkas, Qi dikenali sebagai "jiwa atau tenaga dalaman" badan. Dalam teori Perubatan Traditional Cina (TMC), QI adalah bahan penting yang membentuk tubuh manusia dan mengandungi banyak fungsi seperti menggalakkan, pemanasan, mempertahankan, menyatukan dan mengekalkan.




Apakah yang Qi lakukan terhadap tubuh badan anda ?


1. MENGGALAKKAN :  Qi menggalakkan pembentukan dan peredaran darah serta menyokong metabolisme cecair badan.

2. PEMANASAN : Qi memanaskan badan supaya suhu badan kekal pada suhu tertentu agar fungsi fisiologi dalaman mampu berfungsi secara normal.

3. MEMPERTAHANKAN : Fungsi ketahanan yang dibawa oleh Qi bertindak seperti sistem imunisasi badan manusia.

4. MENYATUKAN DAN MENGEKALKAN : Qi bukan sahaja menggalakkan peredaran darah dan pengedaran cecair badan, malah ia juga mengawal dan menyelaraskan rembesan bahan cecair dalam badan.





Apakah makanan semulajadi yang biasa digunakan dalam tonik Qi ?

Terdapat banyak pilihan untuk meningkatkan tenaga seseorang dengan segera dan pada masa yang sama membantu mencapai keadaan badan yang neutral agar menuju ke arah gaya hidup yang sihat. Buah-buahan segar, sayur-sayuran dan cendawan kulat merupakan makanan yang paling biasa dan berkesan dalam meningkatkan tenaga kepada tubuh badan kita.  Dalam Perubatan Cina(TCM), Cordyceps sinensis, Ganoderma (Lingzhi/ Reishi) dan Poria cocos adalah cendawan kulat yang boleh digunakan untuk menghasilkan sup tonik tenaga (Qi). Walaubagaimanapun, kebaikan serta penggunaan Cordyceps sinensis dan Ganoderma lebih terkenal pada masa kini berbanding dengan Poria cocos. Tetapi, adakah anda tahu bahawa sebenarnya  terdapat kira-kira 10% daripada persediaan perubatan di dalam catatan Farmakopeia Republik Rakyat China versi 2000 turut mengandungi Poria (Fu-Ling) ?




Mari kita meneroka kebaikan Poria cocos !

Poria cocos adalah sejenis cendawan / kulat yang lazimnya tumbuh di atas pokok pain dan ianya juga dikenali sebagai "Poria", "Fu-Ling", "Tuckahoe", "Indian Bread" dan "Hoelen".

Pada zaman dahulu, Poria cocos dipanggil "Empat pil Seasons Magic", disebabkan ciri-ciri perubatan dan juga kesesuaiannya  untuk diamalkan pada bila-bila masa tanpa mengira musim (tiada had empat musim). Poria cocos digunakan secara tradisional sebagai tonik tenaga (Qi), ia juga memberi manfaat kepada organ-organ dalaman. Poria cocos berkesan dalam meningkatkan imunisasi seseorang secara ketara. Ianya memberi kesan perubatan yang sama seperti cendawan-cendawan lain dalam kategori tonik.

Poria cocos juga telah digunakan untuk " menambah kelembapan", membantu dalam masalah insomnia, mengimbangi elektrolit dalam badan dan juga digunakan utuk memulihkan limpa dalam perubatan modem.



Poria cocos pastinya pilihan yang terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang neutral dan juga membantu dalam meningkatkan serta menguatkan sistem pertahanan badan anda.



Ketahui rahsia kehidupan yang sihat dengan Poria S DXN! 

  • Poria S DXN dirumuskan daripada Poria cocos. 
  • Ia 100% diambil daripada miselium Poria cocos. 
  • Digunakan secara meluas dalam perubatan herba Cina. 
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. 
  • Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan serbuk. 
  • Tidak mengandungi sebarang bahan-bahan sintetik, bahan pengawet, pewarna, perasa atau racun perosak. 
  • Disahkan Halal oleh JAKIM. 
  • Dihasilkan dari kilang yang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).

 Ramuan: 
  •  100% daripada Miselium Poria cocos.
 Pembungkusan: 
  • 450mg x 30 dan 90 kapsul / botol 
  •  30g serbuk / botol
Harga produk ada di gambar

No comments:

Post a Comment