Pages

sponsorship

Tuesday 7 July 2015

Cendawan Reishi

Menuju Kehidupan Yang Sihat Bersama Cendawan Reishi


Reishi (Ganoderma lucidum), merupakan sejenis cendawan herba yang mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam meningkatkan kesihatan serta memanjangkan umur di China, Jepun dan negara-negara Asia yang lain.

Cendawan Reishi turut dikenali sebagai "herba kurniaan tuhan"  selama lebih dari 2000 tahun di China kerana manfaat kesihatannya yang cukup mengagumkan. Di China, Ganoderma lucidum digelar 'Lingzhi',  manakala di Jepun nama Ganoderma adalah 'Reishi'.




Cendawan Reishi Membantu Menjaga Kesejahteraan Umum


Sejak sedekad yang lalu, penggunaan cendawan Reishi telah berkembang ke seluruh dunia. Oleh itu, banyak penyelidikan saintifik telah dijalankan untuk menilai dan mengkaji kebaikan dan khasiat cendawan Reishi ke atas penyakit-penyakit degeneratif. Laporan penyelidikan jelas menunjukkan bahawa cendawan Reishi mempunyai kesan farmakologi terhadap kencing manis, tekanan darah tinggi, metabolisme kolesterol dan lipid, hepatoprotetif serta bersifat imunomodulasi(Wasser,S.P.2005).



Hasil kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal, Biologi Cendawan dan Produk Cendawan, juga menunjukkan bahawa cendawan Reishi mampu membantu : 



  • Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  • Mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol.
  • Detoksifikasi ginjal dan meningkatkan fungsi keseluruhannya.
  • Meningkatkan dan menguatkan sistem imun badan.

(Soo, T.S.1996)




Adakah anda tahu bahawa banyak komplikasi boeh dielakkan dengan pengesanan awak serta rawatan?  Belajarlah untuk mengenalpasti isyarat yang dikeluarkan oleh badan anda.

Ini kerana ianya akan membawa kepada komplikasi yang lebih serius atau penyakit sekiranya dibiarkan tanpa rawatan selanjutnya. Di bawah adalah beberapa contoh  penyakit degeneratif dan simptom-simptom awal.


Penyakit

  •  Kencing  Manis


Simptom-simptom Awal

  • Kerap membuang air kecil, merasa dahaga, lesu, pandangan kabur, luka/ lebam yang lambat sembuh.

Penyakit
  • Tekanan Darah Tinggi
Simptom-simptom Awal
  • Tiada tanda simptom yang jelas. Orang dewasa dinasihatkan untuk memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Penyakit
  • Tahap Kolestrol Tinggi
Simptom-simptom Awal
  • Tiada tanda simptom yang jelas. Orang dewasa dinasihatkan untuk memeriksa kadar kolestrol sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.


Sekiranya anda berjaya mengenal pasti simptom-simptom awal penyakit, anda seharusnya mengambil langkah pencegahan serta rawatan agar anda sentiasa berada dalam keadaan sihat. Langkah-langkah pencegahan termasuklah mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat serta seimbang, sentiasa cergas dan pengambilan produk suplemen tambahan agar melengkapkan kekurangan nutrisi dalam pengambilan diet harian anda. Cendawan Reishi merupakan salah satu pilihan yang paling tepat kerana ia kaya dengan pelbagai bahan aktif termasuklah polisakarida, triterpenoid, adenosin dan pelbagai asid amino untuk menguatkan sistem pertahanan badan kita dan mengurankan risiko mendapat penyakit degeneratif.



Amalkanlah produk Cendawan Reishi supaya dapat meningkatkan keseluruhan kasihatan badan  anda agar kekal cergas sepanjang hari, 
Cubalah sekarang dan anda pasti alami perbezaannya!