Pages

sponsorship

Wednesday 22 July 2015

Dari Mana Anda Boleh Dapatkan Produk Cendawan Reishi ?

Seperti ungkapan yang berbunyi "kita adalah apa yang kita makan", kualiti cendawan Reishi turut bergantung kepada nutrien yang terdapat dalam habitatnya. Persekitaran pertumbuhannya yang tidak menentu menyebabkan kualiti cendawan Reishi liar tidak stabil dan sentiasa terdedah kepada ancaman pencemaran dan serangan serangga. Keadaan ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan cendawan Reishi liar yang berkualiti tinggi. Oleh kerana itu, nilai cendawan Reishi sangat mahal dan hanya mampu dinikmati oleh kerabat diraja dan golongan bangsawan pada masa dahulu. Keadaan ini berubah pada awal 70-an di  mana cendawan bernilai ini telah berjaya ditanam di ladang dan ia mampu dinikmati oleh seluruh masyarakat.

Kini, pasaran  kita dipenuhi dengan pelbagai produk cendawan Reishi dan anda mempunyai pelbagai saluran untuk mendapatkan produk ini. Akan tetapi, adakah anda memilih produk yang tepat?




Justeru itu, ketika hendak memilih produk cendawan Reishi, terdapat beberapa tip dan faktor utama perlu diambil kira. Kualiti produk cendawan Reishi bergantung sepenuhnya kepada pengilang. Yakni, pengilang yang mempunyai status ISO 14001,  ISO 9001 dan Amalan Perkilangan Baik (GMP) adalah pilihan terbaik. Pada masa yang sama, memilih produk keluaran pengusaha yang berpengalaman, sudah bertapak lama dalam pasaran dan berjenama turut merupakan salah satu faktor yang penting dalam menjamin kualiti produk.

Di samping itu, pengguna dinasihatkan untuk memilih produk cendawan Reishi yang bebas dari sebarang bahan kimia tambahan dan bahan pengawet. Produk dengan kualiti terjamin pasti memberi kebaikan kepada kesihatan anda.


Pilihlah produk cendawan secara bijak agar kualiti kehidupan anda terjamin !