Pages

sponsorship

Friday 14 February 2014

RACUN DALAM TUBUH

Dalam ilmu Ganoterapi terdapat dua jenis racun di dalam badan iaitu ;

  • ·         Racun yang larut dalam air
  • ·         Racun yang tidak larut dalam air seperti lemak (kolesterol yang tinggi)

Setiap racun yang berada dalam tubuh kita akan melalui proses tertentu untuk mengeluarkannya dari badan. Ia akan diangkut melalui system aliran darah untuk dibawa ke organ penyaringan iaitu; ginjal yang berfungsi menyaring racun yang larut dalam air, dan hati yang berfungsi menyaring racun tidak larut dalam air.







Racun boleh dikeluarkan daripada tubuh melalui beberapa cara iaitu :
  1. Melalui ginjal dengan pembuangan air kecil
  2. Melalui hati dengan pembuangan air besar
  3. Racun yang larut dalam air boleh diasingkan melalui perpeluhan
  4. Racun yang tidak larut dalam air  dan berada di permukaan kulit  dapat disingkirkan melalui bisul dan jerawat
  5. Racun dalam system pencernaan melalui pembuangan air besar atau muntah
  6. Racun dalam paru-paru atau kerongkong dikeluarkan melalui batuk atau muntah.


Menurut ilmu Ganoterapi proses menyingkirkan racun dari badan di sebut sebagai refleksi gangguan kesihatan. Huraian lengkap mengenai perkara ini terdapat di belakang buku ini.


Konsep Dasar Ganoterapi

Ganoterapi adalah satu kaedah penjagaan kesihatan menggunakan Ganoderma yang dikategorikan sebagai ilmu Perubatan Holistik. Prinsip Ganoterapi adalah “ Tubuh Kita  Merupakan Doktor Yang Terbaik “Badan manusia sebenarnya mampu mengatasi segala gangguan kesihatan sekiranya system badan berfungsi dengan baik terutama system pertahanan badan ( Immune Body System ).

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang itu menhidap sesuatu jenis penyakit . Bagaimana pun, dalam Ganoterapi, ia hanya tergolong kepada dua faktor sahaja iaitu:

1.       Adanya Racun Yang Memasuki Badan Kita

Racun yang dimaksudkan bukanlah bahan-bahan berbahaya  seperti pembasmi serangga, virus ataupun bacteria, tetapi racun yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang  tidak diingini atau berlebihan tetapi ia berada di dalam tubuh kita. Contohnya, gula, ia sangat berguna kepada tubuh  kita tetapi apabila kandungannya berlebihan, maka kita akan menghidap penyakit kencing manis. Begitu juga dengan kolesterol. Ia berguna bagi perkembangan otak, tetapi apabila kadar kolesterolnya terlalu tinggi, ia akan menyumbat saluran darah.

2.       Sistem badan tidak seimbang atau tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Di dalam tubuh kita, terdapat satu system peredaran darah yang berfungsi menhubungkan antara satu organ ke satu organ yang lain. Apabila system tersebut tidak dapat menjalankan fungsinya, maka akan timbullah gangguan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh kita.


Contohnya, paru-paru berfungsi menyimpan kadar air yang diperlukan oleh badan. Apabila terdapat air yang berlebihan di dalam paru-paru, ia akan menyebabkan sesak nafas, muka menjadi pucat, berpeluhdan batuk-batuk yang disertai dengan kahak bewarna putih.

Sebaliknya, jika paru-paru kita kekurangan air, tekak akan menjadi kering, mukamenjadi merah, susah untuk tidur dan batuk yang disertai dengan kahak bewarna hijau. Masalahini terjadi apabila berlakunya ketidakseimbangan di dalam organ tubuh yang menimbulkan gangguan kesihatan.



Contoh gangguan kesihatan yang lain :

·         Sistem badan tidak seimbang
·         Adanya racun di dalam badan
·         Sakit Jiwa, Stress – berkaitan emosi
·         Virus, bacteria , bahan kimia
·         Kurang vitamin atau zat makanan

Kesimpulannya, punca masalah kesihatan pada manusia boleh terbahagi kepada dua golongan iaitu terdapatnya racun dalam tubuh dan ketidakseimbangan system tubuh. Jadi, sekiranya racun yang berada di dalam tubuh dapat dikeluarkan dan system tubuh dapat berfungsi dengan baik, maka masalah kesihatan yang dialami akan dapat diatasi. Tubuh kita sendiri mempunyai system pertahanan badan yang berfungsi untuk menyeimbangkan system badan dan mengeluarkan racun. Jesteru, kesihatan tubuh harus dijaga dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, diet yang seimbang dan menghindari racun daripada memasuki system organ kita.


Kehidupan moden kini dengan tahap pencemaran alam yang semakin teruk dan kebersihan makanan yang  tidak  menentu  sedikit sebanyak telah melemahkan system pertahanan badan. Kita tidak dapat pastikan berapa banyak racun yang telah memasuki badan kita dan melemahkan system tubuh. Dengan  sebab itu, Ganoterapi menggunakan Ganoderma mungkin dapat membantu tubuh kita membuang racun dan mengembalikan semula keseimbangan fungsi badan.