Pages

sponsorship

Monday 18 January 2016

6 Cara Untuk Mengurangkan Kolesterol

Masyarakat masa kini amat mementingkan kesihatan fizikal mereka kerana mereka bimbang akan turut menjadi mangsa masalah obesiti dan juga jangkitan penyakit berbahaya yang telah menjadi satu epidemik serata dunia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenali kolesterol dengan lebih dekat, kerana kebanyakkan kita beranggapan bahawa kolesterol itu adalah tidak baik, akan tetapi, kolesterol sebenarnya boleh dibahagikan kepada kolesterol baik dan juga kolesterol tidak baik.


Kolesterol Baik dan Kolesterol Jahat

Kolesterol boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kolesterol  lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL juga dikenali kolesterol jahat kerana ia boleh termendap sepanjang arteri dan saluran darah dan menyebabkannya tersumbat dan ini akan menyumbangkan kepada plak.  Sebaliknya, koesterol HDL akan menyingkirkan kolesterol LDL  dari sistem peredaran darah manusia melalui organ hati. 

Sekiranya anda menghadapi masalah kolesterol, anda dinasihati untuk tidak mengambil kuning telur dan juga organ haiwan seperti ginjal, hati sebagai makanan anda. Makanan inilah yang menyumbang kepada koesterol LDL.



6 Cara Semulajadi Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol

1. Anda dinasihati bersenam 3 atau 4 kali seminggu selama 30 minit agar dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetis dan sakit jantung. Jalan kaki yang pantas mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam tubuh badan anda.

2. Anda boleh mengambil makanan berkolesterol tinggi kecuali makanan yang tinggi dengan lemak jenuh sama ada yang sumbernya berasal dari haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan.

3. Anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan  pelbagai serat termasuk serat terlarut dan serat tak terlarut. Serat terlarut menyingkirkan kolesterol dari tubuh badan manusia dengan menyerapnya.

4. Beras yis merah mampu mengawal pembentukan kolesterol. Justeru itu, ia mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dengan cukup berkesan.

5. Amalkan urut-urutan agar dapat mengurangkan tekanan, kerana tekanan itu akan meningkatkan tahap kolesterol seseorang.

6. Elakkan tabiat merokok dan mengambil alkohol.









No comments:

Post a Comment