Pages

sponsorship

Saturday 15 February 2014

MISELIUM ( GL )



Miselium terhasil daripada Ganoderma Lucidum yang berusia 18 hari. Miselium ini kaya dengan enzim vitamin yang diperlukan oleh tubuh dengan jumlah polisakarida yang empat kali ganda lebih banyak daripada Ganoderma ( RG ).

Fungsi utama Miselium adalah menyeimbangkan system tubuh dengan mengembalikan fungsi organ dan mengaktifkan semula system pertahanan badan.




Di samping itu Miselium juga bermanfaat untuk :

  • ·         Meningkatkan kecergasan otak ( Ia juga disebut sebagai tonik otak )
  • ·         Mencegah dan mengendalikan sel-sel barah
  • ·         Memperkuatkan system pertahanan badan
  • ·         Membantu membersihkan racun-racun dalam tubuh
  • ·         Membekalkan vitamin dan mineral
  • ·         Menguatkan fungsi lambung dan ginjal




Catatan Tambahan :

a)      Berdasarkan penelitian yang dibuat, Miselium ternyata mampu menyerap vitamin dan zat-zat mineral dengan lebih cepat berbanding dengan Ganoderma.

b)      Dari penelitian dibeberapa buah Negara lain, Miselium dipercayai berfaedah dalam membantu memulihkan pertumbuhan barah. Dalam satu eksperimen, 3 kelompok tikus putih disuntik dengan sel yang telah rosak. Tikus kelompok A  tidak diberikan Miselium ataupun Ganoderma. Kelompok B diberikan Ganoderma sahaja manakala Kelompok C diberikan Miselium sahaja. Setelah 20 hari, sel barah pada ketiga-tiga kumpulan tikus tersebut diukur. Keputusannya, tikus kelompok A mempunyai barah sebesar 450mm2, tikus kelompok B sebesar 290mm2 dan tikus kelompok C sebesar 200mm2. Ia membuktikan bahawa Miselium lebih aktif dalam mencegah barah dan mengendalikan sel-sel yang tidak normal.

GANODERMA RG ( REISHI GANO )



Ganoderma atau RG adalah 100% ektrak Ganoderma Lucidum yang diproses melalui kaedah pengeringan dingin dan pemisahan serat menggunakan  teknik   yang tertentu. Zat-zat yang terkandung dalam Ganoderma ini terpelihara dengan baik hasil teknik pemprosesan yang khusus yang dikembangkan oleh penulis.

Ganoderma ini mengandungi lebih dari 200 elemen aktif. Beberapa elemen tersebut adalah seperti di bawah.


ZAT AKTIF

FAEDAH


Polisakarida

  • Memperkuatkan system pertahanan semulajadi badan
  • Mencegah pertumbuhan sel yang tidak normal
  • Membantu mengurangkan kadar gula dan memelihara fungsi pancreas
  • Mencegah kerosakan sel-sel tisu badan
  • Menguatkan membrane sel
  • Menambahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh sel darah merah



Adonesin

  • Menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam darah
  • Menurunkan kadar lipid darah dan menstabilkan membrane sel darah merah
  • Menurunkan kadar penggumpulan darah dan mencegah trombogenesis
  • Memperbaiki fungsi kalenjar adrenalin yang menjaga keseimbangan endokrin
  • Menyeimbangkan metabolisma keremajaan dan member lebih tenaga
  • Menyeimbangkan pH darah



Triterpenoid

  • Meningkatkan system pencernaan
  • Mencegah alahan yang disebabkan oleh antigen
  • Mengurangkan kolestrol dan menstabilkan lemak dalam tubuh
  • Mengaktifkan sel utama dalam tubuh



Sari Ganoderik

  • Membantu memulihkan masalah kulit
  • Meremajakan, mencantikkan dan menghaluskan kulit
  • Menghentikan pendarahan


Dengan zat-zat penting yang terkandung di dalam Ganoderma ini, maka dapat disimpulkan bahawa banyak manfaat dan faedah yang diperolehi untuk kesihatan tubuh kita. 


Bagaimanapun, fungsi yang paling baik sekali ialah membuang racun yang ada didalam tubuh.






GANODERMA LUCIDUM

Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan yang biasanya terdapat pada kayu atau batang pokok. Di Malaysia, Ganoderma dikenali sebagai Kulat, Jamur Kayu di Indonesia, Lingzhi di kalangan masyarakat Cina dan dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al-Kamah. Khasiat dan faedah Ganoderma Lucidum dalam memperbaiki kesihatan telah terbukti sejak zaman Kaisar Shi Huang Tie (259-210M).



Terdapat lebih daripada 200 spesis Ganoderma tetapi hanya 6 sahaja yang mempunyai kesan dalam bidang perubatan iaitu Gano Ruyi, Gano Hati, Gano Kimshen, Gano Jantung dan Gano Merak. Sepanjang penelitian selama 15 tahun, penulis mendapati gabungan enam jenis Ganoderma ini memperolehi hasil yang member faedah kepada kesihatan umum. Kaedah pemprosesan organic yang menggunakan dedak padi, serbuk beras perang dan bahan semulajadi yang lain Berjaya menghasilkan Ganoderma yang berkualiti tinggi dan bermutu.


Berdasarkan penelitian yang dibuat, terdapatnya zat-zat aktif yang berbeza ketika pertumbuuhan Ganoderma pada peringkat awal (Miselium) dengan Ganoderma yang telah matang. Bagaimanapun, zat aktif pada kedua-dua peringkat ini saling berkaitan dan saling bertindakbalas.