Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan
yang biasanya terdapat pada kayu atau batang pokok. Di Malaysia, Ganoderma
dikenali sebagai Kulat, Jamur Kayu di Indonesia, Lingzhi di kalangan masyarakat
Cina dan dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al-Kamah. Khasiat dan faedah
Ganoderma Lucidum dalam memperbaiki kesihatan telah terbukti sejak zaman Kaisar
Shi Huang Tie (259-210M).
Terdapat lebih daripada 200 spesis Ganoderma
tetapi hanya 6 sahaja yang mempunyai kesan dalam bidang perubatan iaitu Gano
Ruyi, Gano Hati, Gano Kimshen, Gano Jantung dan Gano Merak. Sepanjang
penelitian selama 15 tahun, penulis mendapati gabungan enam jenis Ganoderma ini
memperolehi hasil yang member faedah kepada kesihatan umum. Kaedah pemprosesan
organic yang menggunakan dedak padi, serbuk beras perang dan bahan semulajadi
yang lain Berjaya menghasilkan Ganoderma yang berkualiti tinggi dan bermutu.
Berdasarkan penelitian yang dibuat,
terdapatnya zat-zat aktif yang berbeza ketika pertumbuuhan Ganoderma pada
peringkat awal (Miselium) dengan Ganoderma yang telah matang. Bagaimanapun, zat
aktif pada kedua-dua peringkat ini saling berkaitan dan saling bertindakbalas.
No comments:
Post a Comment