Pages

sponsorship

Friday 21 August 2015

KERADANGAN KRONIK : Musuh Yang Tersembunyi Di Dalam Diri Anda


Perkataan keradangan lazimnya akan membuatkan anda terfikir tentang masalah lutut bengkak akibat berlari ataupun masalah jerawat pada wajah anda. Lazimnya, masalah ini boleh diubati dengan menggunakan ais atau ubat yang dijual di kedai-kedai atau farmasi (ubat yang selamat dan berkesan untuk digunakan oleh orang ramai tanpa preskripsi doktor). Walau bagaimanapun, terdapat satu jenis keradangan yang agak berbeza sama sekali iaitu keradangan kronik - ianya bertindak secara perlahan, senyap dan berterusan. Anda tidak dapat merasainya dan anda tidak boleh membuat ujian ke atasnya. Namun, ia telah menjadi satu topik hangat di dalam dunia perubatan dan semakin banyak kajian telah menunjukkan bahawa keradangan kronik berkaitan dengan penyakit serius.


 Keradangan kronik berkemungkinan menjadi punca penyakit-penyakit di bawah : 

Barah 
Sakit Jantung 
Alzheimer 
Kemurungan 
Kencing Manis 
Alahan 
Angin Ahmar


Para saintis masih lagi mencari jawapan, bagaimana boleh terjadinya keradangan. Malangnya sehingga kini, kita hanya mampu mengenal pasti bahawa ianya berpunca dari sistem imunisasi badan manusia yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan tubuh badan manusia dari ancaman penyakit yang membahaya. Apabila anda tercedera atau sakit, sum-sum tulang mengeluarkan sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan dan memulakan proses penyembuhan. Namun begitu, kadang-kadang sistem imunisasi badan kita mendapat isyarat kecemasan yang salah lalu menghantar pasukan pertolongan cemas yang tidak diperlukan.

Sel-sel darah putih yang tidak mempunyai tujuan serangan jangkitan akhirnya akan terbiar dalam saluran darah manusia untuk satu jangka masa yang sangat lama.

Hakikatnya, badan kita tidak mampu menampung kewujudan aktiviti imunisasi yang tidak bertujuan ini dan akhirnya sel-sel darah putih ini akan menyerang organ-organ dalaman kita dan merosakkannya. Selain dari itu, sel darah putih ini juga turut merosakkan sel-sel lain yang rutin kerjarnya untuk menahan jangkitan penyakit dan seterusnya menyebabkan pintu jangkitan terbuka luas untuk penyakit seperti barah. Namun begitu, mujurlah anda masih mampu melakukan sesuatu untuk menghalang keradangan kronik ini. 


Informasi Kesihatan DXN Life Vol 57