Ganoterapi adalah satu kaedah penjagaan kesihatan
menggunakan Ganoderma yang dikategorikan sebagai ilmu Perubatan Holistik.
Prinsip Ganoterapi adalah “ Tubuh Kita
Merupakan Doktor Yang Terbaik “.
Badan manusia sebenarnya mampu mengatasi segala gangguan kesihatan
sekiranya system badan berfungsi dengan baik terutama system pertahanan badan (
Immune Body System ).
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang itu
menhidap sesuatu jenis penyakit . Bagaimana pun, dalam Ganoterapi, ia hanya
tergolong kepada dua faktor sahaja iaitu:
1.
Adanya Racun Yang Memasuki Badan Kita
Racun yang dimaksudkan bukanlah bahan-bahan berbahaya seperti pembasmi serangga, virus ataupun
bacteria, tetapi racun yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang tidak diingini atau berlebihan tetapi ia
berada di dalam tubuh kita. Contohnya, gula, ia sangat berguna kepada
tubuh kita tetapi apabila kandungannya
berlebihan, maka kita akan menghidap penyakit kencing manis. Begitu juga dengan
kolesterol. Ia berguna bagi perkembangan otak, tetapi apabila kadar
kolesterolnya terlalu tinggi, ia akan menyumbat saluran darah.
2.
Sistem badan tidak seimbang atau tidak berfungsi
sebagaimana sepatutnya.
Di dalam tubuh kita, terdapat satu system peredaran darah
yang berfungsi menhubungkan antara satu organ ke satu organ yang lain. Apabila
system tersebut tidak dapat menjalankan fungsinya, maka akan timbullah gangguan
pada bahagian-bahagian tertentu tubuh kita.
Contohnya, paru-paru berfungsi menyimpan kadar air yang
diperlukan oleh badan. Apabila terdapat air yang berlebihan di dalam paru-paru,
ia akan menyebabkan sesak nafas, muka menjadi pucat, berpeluhdan batuk-batuk
yang disertai dengan kahak bewarna putih.
Sebaliknya, jika paru-paru kita kekurangan air, tekak akan
menjadi kering, mukamenjadi merah, susah untuk tidur dan batuk yang disertai
dengan kahak bewarna hijau. Masalahini terjadi apabila berlakunya
ketidakseimbangan di dalam organ tubuh yang menimbulkan gangguan kesihatan.
·
Sistem badan tidak seimbang
·
Adanya racun di dalam badan
·
Sakit Jiwa, Stress – berkaitan emosi
·
Virus, bacteria , bahan kimia
·
Kurang vitamin atau zat makanan
Kesimpulannya, punca masalah kesihatan pada manusia boleh
terbahagi kepada dua golongan iaitu terdapatnya racun dalam tubuh dan ketidakseimbangan
system tubuh. Jadi, sekiranya racun yang berada di dalam tubuh dapat
dikeluarkan dan system tubuh dapat berfungsi dengan baik, maka masalah
kesihatan yang dialami akan dapat diatasi. Tubuh kita sendiri mempunyai system
pertahanan badan yang berfungsi untuk menyeimbangkan system badan dan
mengeluarkan racun. Jesteru, kesihatan tubuh harus dijaga dengan mengamalkan
cara hidup yang sihat, diet yang seimbang dan menghindari racun daripada
memasuki system organ kita.
Kehidupan moden kini dengan tahap pencemaran alam yang
semakin teruk dan kebersihan makanan yang
tidak menentu sedikit sebanyak telah melemahkan system
pertahanan badan. Kita tidak dapat pastikan berapa banyak racun yang telah
memasuki badan kita dan melemahkan system tubuh. Dengan sebab itu, Ganoterapi menggunakan Ganoderma
mungkin dapat membantu tubuh kita membuang racun dan mengembalikan semula
keseimbangan fungsi badan.
No comments:
Post a Comment