Makanlah asid lemak omega-3
Ianya baik untuk kesihatan hati dan sistem saraf anda. Kajian telah membuktikan bahawa omega-3 iaitu sejenis "lemak baik" yang hanya terdapat dalam ikan tertentu seperti salmon yang mampu melambatkan masalah keradangan yang disebabkan oleh sel-sel darah putih. Adalah disyorkan supaya anda mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu.
Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Tumbuh-tumbuhan adalah sumber terbaik untuk melawan keradangan. Ianya diperkaya dengan unsur-unsur anti-radang seperti Magnesium dan antioksidan serta karotenoid dan lycopene. Kajian menunjukkan bahawa diet ala-Mediterranean yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan minyak zaitun mampu mencegah keradangan.
Gerakan badan anda
Kajian awal menunjukkan bahawa senaman boleh memberi kesan positif yang kuat dalam mengurangkan masalah keradangan dan seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit barah. Kelihatan kurus tidak bermakna anda bebas dari masalah keradangan yang tersembunyi. Akan tetapi, sekiranya anda boleh mengurangkan berat badan anda, di sini ada satu motivasi tambahan : di mana senaman mampu mengecutkan sel-sel lemak dan secara automatik ianya boleh melawan masalah keradangan yang berpunca daripada sistem imunisasi badan anda.
Kekalkan mood ceria
Kurangkan apa jua jenis bentuk tekanan serta tidur yang secukupnya menjadi faktor utama dalam mencegah keradangan kronik. Daripada sentiasa memikirkan senario yang buruk, apa kata anda tenangkan fikiran dengan menarik nafas agar sistem imunisasi kembali berfungsi normal dan jangan biarkan fikiran negatif selalu menghantui anda.
Para penyelidik masih lagi mencari jawapan bagi perhubungan di antara keradangan dan penyakit setiap hari. Setakat hari ini, kita hanya boleh memilih cara pencegahan yang terbaik seperti yang tertera di atas sehinggalah jawapan yang lebih jelas diperolehi.
No comments:
Post a Comment