Pages

sponsorship

Thursday, 13 February 2014

BIODATA PENULIS



Dilahirkan pada tahun 1960 di Alor Setar, Kedah telah menunjukkan minat sejak kecil lagi terhadap tumbuhan cendawan yang lebih terkenal dikalangan masyarakat Cina dengan nama Lingzhi. Beliau telah mempopularkan Lingzhi sebagai Ganoderma (Gano) yang biasanya disebut sebagai Kulat dalam masyarakat  Melayu.

Hampir separuh dari usianya telah dihabiskan dengan menjalankan berbagai kajian dan penyelidikan terhadap kulat ini. Ternyata ia sangat member manfaat berkhasiat untuk memelihara kesihatan manusia.

Terdapat lebih dari 200 jenis sepsis Kulat Ganoderma tetapi hanya 6 janis sahaja yang menurut penulis sangat berkhasiat iaitu Gano Ruyi, Gano Hati, Gano Otak, Gano Kimshen, Gano Jantung dan Gano Merak.


 Penelitiannya selama bertahun-tahun itu tidak sia-sia kerana Dr. Lim Siow Jin Berjaya menghasilkan 6 jenis kulat ini menjadi satu ilmu holistic iaitu Ganotherapy. Beliau yang mendapat Ph.D di bidang Holistik dari Indian Board of Alternative Medicines, India (1997) telah menemui satu kaedah pemeliharaan kesihatan menggunakan Ganoderma Lucidum yang sangat terkenal di Malaysia dengan sebutan Raja Herba Yang Ajaib.

No comments:

Post a Comment