Pages

sponsorship

Thursday, 20 February 2014

TINDAKBALAS MASALAH KESIHATAN

Sebagaimana yang telah dijelas, badan kita mempunyai system pertahannya sendiri yang berupaya menghalang racun daripada memasuki tubuh badan. Dalam ilmu Ganoterapi, ia dikenali sebagai tindakbalas penyakit. 


Sebagai contohnya, kita tersedak semasa kita sedang makan kerana ada makanan yang masuk ke dalam anak tekak. Ia dianggap sebagai racun yang mengancam paru-paru kita kerana sepatutnya makanan itu memasuki kerongkong untuk terus dihantar ke dalam perut. Tubuh kita akan member tindakbalas secara automatic untuk mengeluarkan makanan tersebut dengan batuk-batuk.



Selain memberi tindakbalas ketika proses penyingkiran racun dari dalam badan, tubuh juga bertindakbalas ketika proses penyeimbangan fungsi badan berlaku. Contohnya, apabila luka di mana-mana anggota badan sudah kering, kita pasti akan berasa gatal-gatal di sekelilingnya. Ini berlaku disebabkan oleh proses pengantian semula sel-sel mati kepada sel-sel baru. Ia turut dikenali sebagai tindakbalas kesihatan.

Kesimpulannya, tindakbalas penyakit adalah sesuatu yang biasa berlaku pada tubuh. Pengamalan pemakanan RG dan GL akan membantu mengaktifkan system pertahanan badan dan system pertahanan badan itulah yang akan menimbulkan tindakbalas penyakit. RG dan GL juga tidak dapat menyembuhkan penyakit sebaliknya system pertahanan badan itu sendiri yang memulihkan sebarang penyakit yang dialami.


Sistem pertahanan badan berfungsi memulihkan kesihatan tubuh dan bukannya hendak merosakkan. Oleh itu, setiap tindakbalas sampingan yang berlaku tidak membahayakan sebaliknya menguntungkan. Ini kerana tindakbalas penyakit ini merupakan peringatan awal bahawa tubuh kita mempunyai masalah kesihatan. Contohnya jika bibir kering dan pecah-pecah, ia menandakan terdapatnya masalah pada system pencernaan.

No comments:

Post a Comment